Thursday, August 1, 2013

f

BELAJAR DAN MENCIPTA KEKAYAAN
            
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT MENUJU KEJAYAAN UNTUK BAKAL-BAKAL PELAJAR STAR YANG SAYA HARGAI SELAMAT DATANG KE DUNIA STAR. ANDA BERPELUANG UNTUK MEMPELAJARI SATU-SATUNYA ACADEMY UNTUK MULTY LEVEL MARKETING DI MALAYSIA. SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN DAN MEMPEROLEHI PENDAPATAN SEHINGGA MELEBIHI RM5000 SETIAP BULAN.
IKUTI SISTEM PEMELAJARAN STAR BAGAIMANA MEMBINA MASA HADAPAN ANDA.

KESIHATAN KEKAYAAN DAN KEBEBASAN

BERMULA

STAR DITUBUHKAN PADA AWAL TAHUN 2013
OLEH PENGASAS MENTOR USTAZ AZIZI HJ MISBAH ATAS PENGALAMAN BELIAU SELAMA LEBIH 20 TAHUN DALAM INDUSTERI MULTY LEVEL MARKETING.
TUJUAN STAR DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MELAHIRKAN SEBERAPA RAMAI JUTAWAN YANG TERHEBAT DISELURUH MALAYSIA DAN DISELURUH DUNIA.PELAJAR AKAN DIDIDIK TENTANG KELEBIHAN MULTY LEVEL DAN BAGAIMANA MENGURUSKAN KEJAYAAN DAN KEBEBASAN ANDA.
DI STAR PELAJAR-PELAJAR MENDAPAT DIDIKAN OLEH MENTOR-MENTOR YANG BERPENGALAMAN DAN BERUPAYA MEMBAWA PELAJAR LEBIH JAUH DAN MENDALAM UNTUK MENCAPAI IMPIAN DAN ARAH TUJU KEHIDUPAN MEREKA.

SOKONGAN

STAR ADALAH SALAH SATU SISTEM PEMELAJARAN OLEH SEBUAH SYARIKAT MULTY LEVEL MARKETING YANG SUDAH LAMA BERTAPAK DI MALAYSIA IAITU SYARIKAT LIQUA HEALTH MARKETING (M) SDN BHD, SUDAH BERADA DIPASARAN SELAMA LEBIH 17 TAHUN DAN TELAH TERBUKTI SEGALA PRODUK DAN PENGURUSAN YANG TERHEBAT. SYARIKAT LIQUA HEALTH MARKETING JUGA TELAH MELAHIRKAN RAMAI 5 STAR YANG HEBAT-HEBAT DI MALAYSIA, SABAH, SERAWAK ,BRUNAI DAN SINGAPURA.

MATLAMAT STAR

DENGAN TERTUBUHNYA STAR INI SEMOGA AKAN LAHIRLAH RAMAI LAGI MENTOR-MENTOR DAN STAR-STAR YANG TERHEBAT DAN BERDAYA MAJU SERTA BERMATLAMAT JAUH UNTUK MEMAJUKAN UNTUK SETIAP INSAN DI MALAYSIA DAN DI DUNIA.
ATAS PENGALAMAN YANG ADA STAR AKAN MEMBINA KEYAKINAN DAN KEJAYAAN SERTA KEKAYAAN UNTUK MASA HADAPAN ANDA.

STAR AKAN BERMULA PADA BULAN SEPT 2013 PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT SEKARANG DENGAN MENTOR ANDA.TERIMA KASIH.
JUMPA ANDA DI STAR KLUANG, JOHOR BAHRU, BATU PAHAT, MUAR, PETALING JAYA, KUALA LUMPUR, MELAKA, BUKIT MERTAJAM, GUA MUSANG KELANTAN DAN MIRI.

####STAR AKAN DI PROGRAMKAN SEPERTI SIRI THE APPRENTICE DIMANA SETIAP PELAJAR AKAN DI NILAIKAN DAN AKAN DI ANUGERAHKAN SEBAGAI PELAJAR STAR TERHEBAT DI MALAYSIA. DAN SETIAP PELAJAR STAR AKAN MEMPEROLEHI PENDAPATAN YANG SANGAT LUMAYAN SEBELUM DAN SETELAH ANDA TAMAT BELAJAR DI STAR.
JADILAH JUARA UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.
                                                             SMART TAEM




TERUSKAN MEMBACA HINGGA KE AKHIR BLOG INI ADA TAWARAN ANUGERAH  KERETA MEWAH UNTUK PELAJAR-PELAJAR STAR.....HEBAT...!


TAK CUBA TAK TAU.....

PENGASAS MENTOR USTAZ AZIZI HJ MISBAH


Baharuddin Mohamed

Anda perlu berubah
Satu ketika dulu guru saya memberikan kertas soalan yang sama untuk kami jawab. Salah seorang dari anak murid bartanya “mengapa soalanya sama dengan soalan tahun lepas”. Dengan senyum dia menjawab, soalannya memang sama tetapi jawapannya berbeza dari tahun lepas. Semuanya tercenggang dengan jawapanya.

Setelah kami menjawab kertas Solana tersebut, guru saya mengambil kertas semua muridnya. Beliau memulakan kuliahnya. Dunia ini akan banyak perubahan, ada 3 perkara yang berlaku hari dan esok. Pertama, Ada banyak perubahan dalam masa hadapan. Kedua, ada banyak persaingan masa hadapan dan yang ke-tiga, ada lebih banyak peluang yang akan datang dimasa hadapan. Sesiapa yang sanggup berubah sahaja yang sentiasa menang.

Saya berikan contoh, satu ketika dulu industri kilang kereta kuda sangat popular masa itu. Sedikit demi sedikit indastri itu mula lapuk dan hilang ditelan zaman. Begitu juga 20 tahun dahulu pengalaman saya untuk mendapatkan duit melalui bank dan terpaksa beratur tiba-tiba adanya mesin ATM di dinding-dinding yang mulanya kecoh dengan pelbagai resiko konannya dan banyak pekerja bank diberhentikan dan mempunyai peluang yang lebih gemilang dari diluar.

Sekarang ada kereta, apa akan jadi dengan industri kereta masa depan? Sekarang ada mesin ATM, sekarang dah mula orang guna on-line banking untuk membeli. Ianya berubah mengikut zaman. Menyebabkan persaingan sentiasa berlaku.
Saya kaitkan dengan teori perniagaan yang saya belajar 20 tahun dulu, katanya perniagaan mahu berkembang perlukan sekurangnya 3 tahun. Tetapi dengan adaya internet mungkin satu-satu produk boleh dikenal bakal pelanggan kurang dari 3 bulan, itu mungkin.

Sebenarnya saya mengajak anda untuk berpandangan jauh dalam kehidupan dan perniagaan, apa yang anda dapat hari ini sebenarnya apa yang anda fikirkan semalam atau sebulan lepas atau setahun yang lepas. Maksudnya anda perlu melihat masa depan anda lebih jauh dari jangkauan anda. Ini secara automatic menyebabkan anda sentiasa berubah kepada yang lebih cemerlang.

Satu kajian dibuat keatas 300 orang lelaki dan wanita yang Berjaya dalam pkerjaan mereka diusia muda di US tak lama dulu, antara soalannya adalah “ Apakah titik perubahan dalam kehidupan mereka sebelum ini”, 299 orang menjawab “saya berubah dari kegagalan saya yang lepas, dengan hilang pekerjaan tanpa disangka”.

Mereka terpaksa menjadi yang terbaik dan cemerlang kerana memikirkan kehidupan mereka, kewangan mereka lebih stabil kerana sudah pandai menyimpan tika waktu sukar dan mereka lebih berhati-hati dan lebih berani dalam membuat keputusan.
Itu semua perubahan. Ya kita perlu sentiasa berubah mengikut zaman, apa tidaknya ibu bapa kita tidak ada duit sebanyak kita sekarang beratus ribu dan bahkan berjuta tetapi masalahnya zaman juga berubah disebabkan harga barang juga naik mendadak.
Anda akan menjadi seorang yang gembira apabila anda berpandangan jauh.
##ANDA PERLU BERUBAH SUPAYA GENERASI ANDA AKAN BERUBAH,JANGAN SELESA DI TAKUK LAMA.##Teruskan membaca anda pasti dapat jawapannya.

d

Dairi Usahawan Muda 

Anda tidak akan dapat menambah duit jika tidak mula berniaga atau tidak mahu melabur. Selalu kita dengar dikalangan kawan-kawan berniaga mereka berkata "aku berniaga tak mahu rugi". Persoalanya siapa berniaga nak rugi tetapi jika anda tidak mencuba, anda langsung tidak akan bergerak kemana-mana.

Empat tahun dulu, bila saya memulakan perniagaan ramai juga rakan saya bertanya apakah perniagaan yang terbaik masa itu. kadang-kadang saya memberi 100% formula dan peluang kepada mereka untuk mereka mendapat untung. Malangnya keesokan harinya mereka datang dengan tangan kosong dan mengatakan membatalkan untuk bertindak seterusnya. saya tidak jadi masalah...

Contoh satu kes dulu, saya diberi peluang satu pemaju untuk membeli rumah kedai tiga tingkat yang sudah separuh siap dengan harga permulaan 1.4 juta. rumah kedai itu sebenarnya telah dibooking oleh orang lain tetapi orang itu tidak dapat pinjaman dari bank. saya nampak peluang yang sangat baik kerana sebenarnya jika siap sahaja rumah kedai itu dalam masa 1 tahun lagi harganya akan melambung ke 2 juta, ini kerana berdasarkan kajian pasaran di sekitar itu. Pada masa itu saya membari peluang kepada beberapa rakan untuk mencuba nasib. Mereka sangat gembira dengan peluang yang saya berikan tetapi malangnya keesokan harinya mereka akan datang semula menyatakan mereka tidak sanggup menanggung resiko dengan pelbagai alasan.

Setahun berlalu saya lihat semua rumah kedai itu, berpuluh panggilan saya terima menawarkan harga yang lebih tinggi dari apa yang saya sangka. Ada juga rakan-rakan saya menyatakan penyesalan tidak mencuba nasib dulunya, "nasi sudah menjadi bubur". Saya tanyakan mengapa mereka takut membuat keputusan itu sebelum ini, mereka berkata mereka dengar dari isteri, jiran dan saudara mara mereka tentang perkara itu. soalan saya lagi, adakah mereka yang memberi pandangan tersebut adalah mereka yang telah menceburi bidang hartanah dan mahir dengan perkara itu. Jawab kawan saya , tidak. Saya katakan pada kawan saya yang dia tersalah dengar nasihat.

perasaan sinis atau "bunyi bising" ini selalu akan kedengaran jika anda mahu membuat keputusan-keputusan penting. Itulah biasanya anda melihat usahawan dikatakan keras kepala dan degil payah nak dengar cakap orang, kadang-kadang perkara itu betul. jika usahawan tidak mahu mengambil resiko bagaimana untuk mendapat peluang. Pandangan sinis diri sendiri dan orang lain selalunya akan memakan diri sendiri.


Ramai orang takut dengan krisis @ kemelesetan ekonomi. Ramai juga orang takut dengan kegagalan dalam percubaan perniagaan nya. Apa perlu dirungsingkan sangat denga masalah, kegagalan dan kekalahan hadapilah dengan sabar untuk terus maju kedepan.

Allah kan maha besar dan maha kaya dan maha pemurah, mohon padaNYA. Ingat kita boleh mohon apa sahaja apa yang kita mahukan, Allah akan berikan apa yang Layak untuk kita, Baik terbaik untuk kita dan Perlu untuk kita.

Waktu krisislah ramai orang keluar untuk membantu, waktu krisis lah kemahiran kita terserlah, waktu krisis lah fikiran dan idea kita akan diasah. Ianya baik untuk kita, merenung, belajar dan sebelum meneruskan usaha dengan lebih berjaya. Teruskan membaca anda akan mendapat jawapannya.




Untuk Berjaya anda perlu ekstremis dan fanatik. Marah le tu, itu pendapat saya. Dulu saya seperti anda juga menyalah ertikan tentang definasi kesederhanaan, fanatic dan ekstremis. Malangnya selalu ekstremis atau fanatik ni kaitkan dengan islam, pemberontak dan perkara-perkara yang tak baik. Saya tidak percaya jika anda hanya mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan, membawa anda Berjaya secara maksimum dalam sesuatu perkara yg anda impikan kecuali kehendak Allah.Saya sudah banyak meneliti banyak cerita kejayaan dari kejayaan ahli sukan hinggalah jutawan dunia dari ulamak dunia hingga ahli ilmuan mereka mempunyai sikap yang sama. Mereka yang membuat sedikit sana, sedikit sini, berusaha sedikit, menanguh kerja, tunggu esok, mungkin mereka Berjaya tetapi anda tidak mengenali mereka ..... mereka biasa-biasa sahaja.